Dapatkan Sebut Harga Insurans Auto Anda

Perbaharui Insurans Auto
Banding, Pilih & Dapatsebut harga
dengan cepat dan beli sepantas dalam 3 langkah
Perlindungan Insurans Auto

Perlindungan Pihak Ketiga

Insurans Pihak Ketiga melindungi kereta anda terhadap liabiliti pihak ketiga seperti kematian, kecederaan tubuh kepada pihak ketiga dan kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga akibat kemalangan. Dengan polisi jenis ini, anda tidak boleh membuat tuntutan kerosakan keatas kenderaan anda. Insurans Pihak Ketiga merupakan perlindunga paling minima yang diperlukan oleh para pemandu untuk memperbaharui cukai jalan dan memandu secara sah di Malaysia.

Perlindungan Pihak Ketiga Kebakaran Dan Kecurian

Apa yang dilakukan oleh polisi ini ialah untuk melindungi anda sebagai pemandu daripada tuntutan pihak ketiga, sama ada bagi kecederaan peribadi atau kematian, kerosakan harta benda pihak ketiga, atau kerosakan ke atas kenderaan anda. Ia sebenarnya hampir sama seperti Insurans Pihak Ketiga tetapi dengan tambahan perlindungan untuk kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran dan kecurian kereta.

Perlindungan Komprehensif

Perlindungan Komprehensif membantu melindungi kos kerosakan keatas kerosakan kenderaan anda apabila anda terlibat di dalam kemalangan yang tidak disebabkan oleh pelanggaran. Secara asasnya polisi jenis ini memberikan anda perlindungan yang sama seperti Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian, tetapi dengan perlindungan tambahan terhadap kerosakan kenderaan anda sendiri.

Perlindungan Pemandu Tambahan

Perlindungan Pemandu Tambahan merupakan perlindungan yang diberikan ke atas pemandu yang memandu kereta atau motosikal yang telah diinsuranskan dengan kebenaran pemilik dan menikmati hak yang sama seperti pemiliknya.

Perlindungan Cermin Hadapan (Windshield)

Insurans/perlindungan Cermin Hadapan adalah sejenis perlindungan tambahan yang khusus untuk melindungi cermin hadapan anda. Ianya merupakan tambahan kepada polisi insurans sedia ada anda.

Perlindungan Peril Khas

Perlindungan Peril Khas membantu memberikan penjimatan yang lebih kepada anda. Dengan mendapatkan perlindungan insurans tambahan ini, anda akan mendapatkan perlindungan terhadap kerosakan akibat bencana alam, seperti gempa bumi, tanah jerlus, tanah runtuh, banjir dan sebagainya.

Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam

Tambahan Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam memberikan perlindungan bagi kos pembaikan ke atas kenderaan anda yang disebabkan oleh mogok, rusuhan dan kekecohan awam.

Pampasan Untuk Tempoh Pembaikan Yang Dianggarkan (CART)

Tambahan ini akan memberikan kepada anda untuk anggaran hari yang diperlukan untuk membaiki kereta anda. Jika anda terlibat dalam kemalangan, kereta anda mungkin akan berada di bengkel selama beberapa hari. Dengan mendapatkan tambahan ini, anda akan menerima pampasan yang membolehkan anda untuk membayar kereta sewa.

PERBAHARUI INSURANS AUTO ANDA DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
1 Pilih

Kereta atau Motosikal

2 Sebut Harga Segera

Masukkan Beberapa Maklumat Asas Untuk Mendapatkan Sebut Harga

3 Beli Dengan Mudah

Bayar Melalui Sistem Pembayaran Online Kami Yang Mudah Dan Selamat


Start Your Quote
Paparan Artikel

Fincrew mempunyai perpustakaan online yang mengumpulkan pelbagai artikel berkaitan insurans dan kewangan

I have a question about this service, who can I contact?

You can send an email to insurancesupport@carro.co with your enquiry.

SOALAN LAZIM INSURANS KENDERAAN

  • Apa itu polisi insurans motor komprehensif?
    Polisi ini memberikan perlindungan terhadap kerosakan keatas kenderaan anda/atau liabiliti anda kepada pihak lain seperti kecederaan atau kematian dan kerosakan kepada harta benda pihak lain disebabkan oleh kemalangan motor.
  • Bagaimana premium Insurans Auto saya akan dikira?
    Premium insurans akan dikira berdasarkan ciri-ciri risiko. Lebih besar potensi risiko, lebih tinggi nilai premium. Lebih rendah potensi risiko, lebih rendah nilai premium
  • Apa itu Liberalisasi Insurans Auto?
    Ini bermakna harga insurans motor tidak lagi bergantung pada Tarif Motor (satu set senarai harga tetap).
  • Bagaimanakan saya menentukan jumlah yang diinsuranskan untuk kereta saya?
    Jumlah yang diinsuranskan hendaklah berdasarkan nilai pasaran kereta anda. Nilai pasaran mewakili nilai kereta anda dengan elaun untuk haus dan lusuh atau susut nilai.
  • Apakah pengecualian utama untuk Insurans Auto Komprehensif?

    Polisi ini tidak melindungi beberapa kerugian seperti:

    • Kematian pemegang polisi atau kecederaan badan akibat kemalangan motor.
    • Liabiliti pemegang polisi terhadap tuntutan daripada penumpang dalam kenderaan anda dan,
    • Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang muncul akibat bencana alam iaitu banir, ribut atau tanah runtuh.

    (Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian di bawah polisi ini)

  • Apa itu Bonus Tanpa Tuntutan (NCB)?
    Bonus Tanpa Tuntutan adalah diskaun istimewa yang diberikan setiap tahun jika tidak ada sebarang tuntutan.
  • Apa itu lebihan?
    Kebanyakan polisi ini termasuk dengan lebihan, iaitu jumlah yang perlu dibayar oleh pemegang polisi sekiranya berlaku tuntutan. Terdapat dua lebihan wajib, yang dikenakan oleh syarikat insurans dan lebihan sukarela. Frasa ‘jumlah lebihan’ menggabungkan kedua-dua faktor ini dan merupakan amaun yang anda bayar sekiranya berlaku tuntutan.
  • Apa itu caj tambahan atau ‘loading’?
    Loading ialah jumlah tambahan yang dimasukkan dalam kos insurans. Jumlah ini ditambah kepada premium untuk menyediakan perlindungan bagi individu yang ‘berisiko’. Pada asasnya, ‘loading’ melindungi kerugian yang timbul daripada menginsuranskan individu yang terdedah kepada satu bentuk risiko dan kerugian untuk tempoh tersebut dan kerugian untuk tempoh tersebut dijangka lebih tinggi daripada yang diharapkan.
  • Mengapakah Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) yang diberikan adalah berbeza daripada rekod saya?
    NCD yang diberikan adalah berbeza jika terdapat tuntutan yang dibuat atau jika terdapat pengeluaran NCD untuk dipindahkan ke kereta lain atas permintaan pemilik insurans. Sebagai alternatif, anda juga boleh mnyemak kadar NCD semasa anda melalui Penyemak NCD.
  • Apa itu perlindungan Nilai Pasaran?
    Nilai Pasaran ialah jumlah berdasarkan anggaran syarikat insurans tentang nilai kereta anda di pasaran terbuka. Sekiranya terjadi sesuati ke atas kereta anda, anda hanya boleh menuntut sehingga nilai/harga pasaran semasa model kereta anda pada masa itu. Secara umumnya, premium perlindungan Nilai Pasaran cenderung lebih rendah.
  • Apa itu perlindungan Nilai Yang Dipersetujui?
    Nilai yang Dipersetujui ialah jumlah yang telah dipersetujui antara anda dengan syarikat insurans anda. Jika berlaku sesuatu kepada kereta anda, perlindungan nilai yang dipersetujui pastinya boleh memberikan pampasan yang akan anda terima daripada syarikat insurans sekiranya kereta anda dilupuskan atau dicuri. Secara umumnya premium perlindungan Pasaran yang Dipersetujui cenderung lebih tinggi.
  • Is there any after sales & claims services offered to customer after insurance purchase?
    No after sales services are offered after insurance purchase. You may contact your chosen insurance company for after sales services.
  • Can I purchase this product direct from insurance company?
    Yes, to purchase direct from your preferred insurer, you may contact insurer or visit insurer’s website or walk-in to nearest insurer’s branch
X   Close
EN BM 中文
Close
Your subscription could not be saved. Please try again.
Your subscription has been successful.

Join Fincrew Mailing List