Pas Insurans Perjalanan COVID
Dengan mengetepikan fakta bahawa Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa tempatan telah menyediakan keperluan pas perjalanan seperti ini, adalah mudah untuk seseorang kurang faham mengapa mereka perlu membeli Insurans Perjalanan seperti ini pada masa ini. Lebih-lebih lagi jika anda sudah mempunyai Insurans Kesihatan dan pelan Insurans Perjalanan standard.
Mengapa Perlu Mendapatkan Perlindungan Insurans Perjalanan COVID Fincrew?
Jika anda bukan pelawat jangka pendek ke negara yang telah menerima dos lengkap vaksin COVID-19, beberapa manfaat mendapatkan perlindungan ini adalah:
Ia Memberikan Anda Perlindungan Perubatan Kecemasan Yang Lebih Luas
Jika anda telah menerima vaksinasi penuh, anda mungkin boleh mengambil peluang untuk bertahan dengan hanya Insurans kesihatan anda dan juga doa. Bagaimana pun, ini mungkin tidak mencukupi. Insurans Perubatan Perjalanan yang asas dan Insurans Kesihatan juga tidak boleh diharapkan sepenuhnya di sini, ini kerana prosiding boleh menjadi agak rumit apabila berkaitan dengan isu COVID. Memandangkan pandemik COVID-19 telah membawa kebimbangan baharu, adalah penting untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan terkini supaya anda tidak perlu berhadapan dengan perbelanjaan perubatan secara mendadak. Terima kasih kepada Insurans Perjalanan dengan Perlindungan COVID berpatutan yang disediakan Fincrew, anda tidak perlu risau dengan perkara ini lagi! Kami memastikan anda bukan sahaja memenuhi keperluan pas perjalanan asas yang diperlukan, tetapi juga tidak perlu mengeluarkan belanja sendiri jika anda terpaksa membuat lawatan ke hospital sebelum tarikh berlepas dari negara ini.
Kami Menanggung Perbelanjaan Pemindahan Perubatan Kecemasan Anda
Kejadian COVID-19 di Malaysia telah menyebabkan pengunjung tiba-tiba meninggalkan negara ini untuk mendapatkan rawatan perubatan di negara asal mereka, ia merupakan satu perkara biasa. Dalam kebanyakan kes,Insurans Kesihatan anda mungkin tidak menanggung perbelanjaan perubatan yang disebabkan oleh pemindahan perubatan kecemasan. Kami membantu anda menumpukan perhatian kepada kesihatan dan pemulihan anda dengan menguruskan kos yang tidak dijangka ini apabila anda memanfaatkan perlindungan COVID kami untuk melancong ke Malaysia.
Kami Menanggung Kos Gangguan Perjalanan
Walaupun penyakit sering menjadi punca utama yang menjadi kerisauan bakal mengganggu perjalanan, ini bukan satu-satunya faktor penyebab. Insurans Perjalanan dengan perlindungan COVID yang kami berikan kepada anda turut meliputi pemberian kos perjalanan yang tidak dikembalikan (non-refundable) dan dikembalikan (refundable), dengan syarat situasi yang menyebabkan gangguan perjalanan anda itu, dilindungi dalam polisi kami.
Anda Mendapat Perlindungan Pembatalan Perjalanan
Selain memastikan anda mengharungi perjalanan dengan fikiran yang lapang, Insurans Perjalanan kami dengan tambahan perlindungan untuk COVID di Malaysia juga meliputi pembayaran balik penuh kepada anda atas apa yang mungkin anda belanjakan sekiranya anda terpaksa membatalkan perjalanan anda. Dengan perlindungan di bawah kawalan anda, anda boleh memanfaatkan sepenuhnya lawatan anda ke negara ini, walaupun anda belum mendapatkan vaksin COVID-19 lagi.
Perbandingan Pinjaman Peribadi
Pasaran kewangan dipenuhi dengan ramai pemberi pinjaman, tetapi bagaimana anda tahu, yang mana yang tepat untuk anda? Apakah sistem pembayaran yang mereka gunakan? Sejauh manakah perkhidmatan perbankan mereka boleh dipercayai? Anda boleh menjawab semua persoalan ini dengan menggunakan alat perbandingan Fincrew.
Memilih Pas Perjalanan Fincrew Ke Malaysia
Berikan diri anda peluang untuk menikmati semua yang ada ditawarkan di Malaysia dengan sepenuhnya! Sama ada untuk perniagaan atau keseronokan, perlndungan kewangan yang anda layak terima dengan polisi kami akan membantu anda menumpukan perhatian pada perkara yang paling penting dengan tenang. Walaupun anda telah mendapat vaksinasi penuh, mendapatkan perlindungan ini masih boleh membantu anda. Ia akan melengkapkan lagi perlindungan Insurans Perjalanan anda, memastikan anda selamat dari segi kewangan sehinggalah ke tarikh berlepas anda.