-
Apakah Program Jaminan Lanjutan & Mengapa Anda Memerlukannya?
Insurans kereta wajib anda melindungi anda sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian, tetapi tidak akan membayar untuk kerosakan kereta. Menambah pelan
jaminan lanjutan memberi anda perlindungan tambahan terhadap kerosakan yang tidak dijangka dan kos serta tekanan yang datang bersamanya. Dengan insurans serta Warranty Smart, anda benar-benar memiliki perlindungan yang menyeluruh.
-
Mengapa memilih Warranty Smart?
✓ KREDIBILITI – Warranty Smart ialah perintis dalam industri jaminan lanjutan kereta, pertama kali ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 2013 dan telah mengembangkan operasinya di Thailand dan Indonesia.
✓ DIINSURANSKAN – Oleh penanggung insurans terkemuka, Pacific&Orient Insurance Co. Berhad (P&O)
✓ KEPAKARAN – Kami mempunyai rangkaian kepakaran teknikal terbesar dengan lebih 182 bengkel panel di seluruh negara.
✓ KEMUDAHAN – Kami membenarkan konsep PERKHIDMATAN TERBUKA di mana-mana bengkel, panel atau bukan panel. penundaan 24 jam diseluruh negara & kelulusan tuntutan pantas.
-
Apakah yang dilindungi oleh jaminan?
Kami mempunyai pelbagai pelan berbeza yang tersedia.Di Warranty Smart, kami mengamalkan ketelusan kepada pengguna kami, justeru perlindungan yang disenaraikan dalam laman web kami untuk setiap pelan masing-masing. Anda boleh memilih tahap perlindungan atau bercakap dengan wakil jualan kami yang berpengetahuan @ +6018 228 8606 untuk membantu anda memilih pelan yang sesaui untuk kenderaan anda.
Untuk ahli sedia ada, sila rujuk polisi jaminan anda untuk komponen yang terperinci yang dilindungi
-
Apakah jenis alat ganti yang akan anda letakkan pada kenderaan saya ketika tuntutan?
Pembaikan jaminan akan dibuat sepenuhnya mengikut budi bicara Warranty Smart yang berhak sama ada untuk membaiki/mengubah komponen yang rosak, atau menggantikan komponen yang rosak dengan bahagian terpakai, dibaik pulih atau OEM. Bagaimana pun jika anda berhasrat untuk meminta alat ganti yang baru, anda boleh menghubungi penyelaras tuntutan kami sebelum memulakan tugas tuntutan. Penggantian sedemikian hanya boleh dilakukan jiks anda bersetuju untuk menambah nilai antara bahagian baharu dan bahagian terpakai/dibaik pulih/OEM
-
Apakah yang dimaksudkan dengan had tuntutan pada pelan jaminan?
Setiap jenis pelan jaminan mempunyai had tuntutan masing-masing.
Sebagai contoh, pelan GOLD mempunyai had RM10,000 bagi setiap tuntutan dengan jumlah tuntutan agregat sehingga RM50,000. Ini bermakna RM10,000 ialah had maksimum bagi setiap tuntutan dan anda boleh memiliki bilangan tuntutan tanpa had sepanjang tempoh jaminan anda, selagi ia berada dalam komponen yang dilindungi dan selagi jumlah had tuntutan anda sebanyak RM50,000 masih mempunyai baki yang tersedia. Tuntutan berulang juga dibenarkan untuk tuntutan yang sama.
-
Adakah Fincrew / Warranty Smart membayar untuk caj Upah?
Tentu sekali. Untuk semua tuntutan yang dilindungi, kami akan menguruskan kedua-dua kos alat ganti dan upah.
-
Bahagian manakah yang TIDAK dilindungi oleh jaminan?
Secara amnya, mana-mana bahagian yang tidak disenaraikan di bawah komponen yang dilindungi bagi setiap jenis pelan jaminan tidak boleh dituntut. Semua polisi jaminan lanjutan cenderung tidak termasuk item haus dan lusuh seperti penapis, palam pencucuh, cecair, pad brek, tayar dan sebagainya.
-
Adakah saya perlu memeriksa kenderaan saya sebelum membeli?
Ya. Kami akan menyediakan khidmat pemeriksaan PERCUMA ke atas kenderaan anda untuk diluluskan.
• Untuk lokasi di Lembah Klang, anda boleh membuat temujanji untuk khidmat pemeriksaan dari pintu-ke pintu kami.
• Untuk lokasi di luar Lembah Klang, anda boleh menadu ke mana-mana bengkel panel sah kami yang berhampiran dengan anda!
-
Bagaimanakah untuk saya tahu sama ada kenderaan saya layak untuk membeli pelan jaminan lanjutan?
Secara amnya, pelan Fincrew layak untuk kenderaan sehingga usia 10 tahun dari tahun pembuatannya dan dalam bacaan odometer 150,000km. Jika kenderaan anda melebihi usia 10 tahun dari tahun pembuatan, atau bergerak lebih daripada 150,000km, kami akan menilai kelayakan anda berdasarkan keadaan kenderaan semasa pemeriksaan kami.
-
Bilakah perlindungan saya bermula setelah pembelian?
Tarikh permulaan dan jarak tempuh anda akan dinyatakan pada polisi jaminan anda. Tidak seperti syarikat jaminan lanjutan yang lain, kami tidak menggunakan sebarang tempoh penyejukan. Ini bermakna anda boleh menuntut hampir serta-merta dari tarikh bermulanya jaminan.
-
Adakah khidmat tunda disediakan apabila kerosakan berlaku?
Ya. Khidmat Tunda 24 jam termasuk dalam pelan jaminan anda meliputi Semenanjung Malaysia.
Kenderaan anda akan ditarik ke panel sah kami yang terdekat, di mana bayaran yang dikenakan adalah percuma sehingga had RM300. Sebarang jumlah melebihi RM300 akan ditanggung sendiri oleh pelanggan. Anda boleh menikmati perjalanan tunda tanpa had sepanjang tempoh sah jaminan anda. (Talian Tunda:1300 80 1818)
-
Bagaimana untuk saya tahu jika masalah kereta saya boleh dituntut di bawah jaminan?
Anda boleh membawa kereta anda ke panel sah kami yang terdekat untuk pemeriksaan/diagnos dan perkhidmatan ini adalah PERCUMA! Panel akan menghubungi jabatan tuntutan kami untuk menentukan sama ada kerosakan itu melibatkan item yang dilindungi di bawah pelan jaminan anda.
-
Bagaimana cara untuk saya memfailkan tuntutan?
Di Fincrew, kami berusaha untuk memproses tuntutan tanpa kerumitan. Hanya hubungi bahagan tuntutan kami @ +60182280133. Penasihat tuntutan akan membimbing anda melalui proses tersebut.
Sudah berada di panel sah kami? Panel akan menentukan punca kegagalan dan selagi ia adalah komponen yang dilindungi, ia akan diuruskan untuk anda!
-
Adakah saya perlu membayar pendahuluan untuk tuntutan?
Tidak. Anda tidak perlu membayar untuk tuntutan yang diluluskan. Tidak perlu menunggu untuk bayaran balik kerana kami akan membawa anda kembali ke jalan raya dengan pantas! Setelah baik pulih selesai, kami akan terus membayar bengkel panel. Anda hanya perlu bertanggungjawab terhadap caj yang tidak dilindungi (jika ada)
-
Bagaimana untuk saya memeriksa status tuntutan saya?
Anda boleh menelefon/whatsapp terus jabatan tuntutan @ +60182280133 untuk kemaskini status baik pulih segera!
-
Apakah yang akan terjadi jika bahagian tersebut tidak dilindungi?
Jika masalah tersebut tidak berada dalam pelan perlindungan jaminan anda, kami masih di sini untuk membantu anda. Kami akan bertindak sebagai penghubung anda untuk proses pembaikan, membuat cadangan, dan memastikan anda tidak diambil kesempatan. Kami bukan hanya menjual jaminan kepada anda, kami juga akan membantu anda sepenuhnya!
-
Jika saya memfailkan tuntutan, adakah premium saya akan meningkat selepas ini apabila saya memperbaharui tuntutan saya?
Tentunya tidak. Tidak kira berapa kerap anda memfailkan tuntutan, premium anda tidak akan meningkat. Juga, dikaun tanpa tuntutan tidak tersedia untuk semua pelan jaminan lanjutan.
-
Di manakah saya boleh membawa kereta saya untuk diservis?
Fincrew / Warranty Smart mengamalkan konsep "SERVIS TERBUKA' untuk kemudahan anda! Anda dibenarkan untuk mengekalkan semua servis rutin di mana-mana bengkel pilihan anda sendiri, tidak kiralah ia adalah bengkel panel kami atau bukan. Hanya semak untuk kerosakan dan tuntutan item yang dilindungi mesti dilakukan di bengkel panel sah kami.
-
Apakah tanggungjawab saya untuk memastikan waranti saya aktif?
• Anda perlu mengekalkan servis rutin anda tepat pada masanya dan menyimpan rekod yang betul untuk semua penyelenggaraan dalam buku kecil servis jaminan anda (setem bengkel)
• Pastikan untuk menyimpan buku kecil servis jaminan anda dengan selamat. Jika buku kecil anda hilang, sila laporkan kepada kami dengan segera untuk mendapatkan buku ganti dengan caj RM100. Buku kecil ini adalah wajib jika ingin membuat tuntutan.
• Jangan menyalah guna, mengabaikan atau mengubah suai kenderaan anda semasa tempoh jaminan.
-
Bolehkah saya memindahkan jaminan saya ke pemilik baru jika saya menjual kereta saya?
Sudah pasti! Jaminan kekal bersama kenderaan walaupun berlakunya pertukaran hak milik. Ini bermakna, jaminan kereta anda boleh menambah nilai untuk jualan kereta terpakai anda.
-
Bolehkah saya membatalkan jaminan saya?
Sebaik sahaja pelan kaminan anda diaktifkan, ia tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dipindah milik ke kenderaan lain.