Menurut undang-undang Malaysia, seseorang pemilik kereta itu mesti membeli insurans kereta. Hanya selepas itu, barulah pemilik kenderaan dapat memperbaharui tanggungjawab cukai jalan mereka. Seseorang pemilih kereta perlu memiliki ketiga-tiga pelindungan ini sebelum mereka dapat memandu di mana-mana jalan di Malaysia. Walaupun undang-undang boleh diubah, tetapi apa pun boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Tiada pengecualian walaupun di jalan raya. Tiada sesiapa yang dapat menjangka bila sesuatu perkara buruk itu akan berlaku. Tetapi, ia memang berlaku dari masa ke semasa. Jika anda terlibat dalam kemalangan tanpa insurans, ia boleh menjadi satu urusan yang mahal dan liabiliti yang boleh dielakkan.
Insurans kereta merupakan langkah pertama dalam menjamin masa depan anda sekiranya berlaku kemalangan. Ia juga merupakan proses pertama untuk membolehkan anda mendapat insurans tambahan atau cukai sebelum anda boleh memandu secara sah di Malaysia. Fincrew didedikasikan untuk membantu anda dalam mencari insurans kenderaan terbaik di Malaysia. Ini bermakna anda boleh memeriksa insurans kereta secara online dan pada masa yang sama, menilai pelbagai syarikat insurans dan juga polisi yang ditawarkan.
Saya kini boleh memperbaharui syarikat insurans saya setiap tahun dan bahkan memilih perlindungan terbaik yang saya perlukan untuk kereta saya. Yuna
Pembeli insurans yang pertama kali ingin membeli insurans atau memperbaharui insurans kereta mereka memerlukan maklumat sebelum membuat pelaburan dalam polisi insurans. Pembeli insurans memerlukan maklumat berkenaan jenis insurans kereta, polisi yang tersedia untuk mereka, pelindungan untuk setiap jenis polisi yang berbeza (pelindungan insurans), premium insurans, syarikat insurans (atau penyedia insurans), kebakaran dan kecuaian serta sebagainya. Insurans kereta boleh dikategorikan kepada tiga jenis. Polisi insurans komprehensif yang memberikan pelindungan paling banyak kepada anda dan juga melindungi kerosakan kenderaan anda dalam kemalangan. Seterusnya anda boleh memilih polisi pihak ketiga yang merupakan polisi insurans kereta yang paling asas dan hanya melindungi kerosakan yang berlaku kepada mana-mana pihak ketiga dalam kemalangan. Akhir sekali anda boleh memilih polisi insurans kereta , kebakaran dan kecurian pihak ketiga yang melindungi pihak ketiga dan juga kenderaan anda sekiranya berlaku kebakaran atau kecurian.
Pusat penyelidikan kami merupakan pengkalan pengetahuan dengan sejumlah bahan pendidikan yang dapat membantu pembeli insurans. Anda mempunyai akses panduan insurans yang membantu menjelaskan pelbagai jenis polisi insurans dan jenis insurans berdasarkan keperluan pembeli. Artikel pula akan menerangkan dan membandingkan pelbagai jenis polisi dan memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang industri insurans dan produk insurans di Malaysia. Pusat berita pula akan membantu anda sentiasa mendapat berita terkini mengenai industri insurans. Selain itu anda juga dapat mengakses berbagai informasi bermula dari video sehinggalah ke infografik yang boleh diakses pada bila-bila masa sahaja selama 24/7. Yang paling penting sekali, akses untuk ke semua maklumat ini adalah percuma.
Setelah melihat pengkalan pengetahuan kami dan mendidik diri anda, anda akan berada di dalam posisi yang lebih baik untuk memahami serta menilai kriteria yang berbeza dalam insurans kereta yang penting untuk anda. Sesetengah kriteria ini boleh merangkumi pelindungan untuk kerugian atau kerosakan pada polisi, tempoh polisi, premium, kemalangan motor, pelindungan kerosakan untuk kereta anda dan lain-lain lagi.
Anda kini boleh membandingkan dan menilai insurans kereta terkini di Malaysia. Anda boleh mengakses maklumat terperinci tentang setiap produk serta polisi insurans individu. Selain itu, anda boleh melihat pelbagai polisi dan juga produk insurans dalam format jadual. Dengan format jadual, lebih mudah untuk membandingkan aspek yang saling berkaitan antara satu sama lain. Jadi anda boleh membandingkan antara epal dengan epal. Anda boleh menilai insurans manakah yang sesuai untuk anda sebelum membuat keputusan pembelian yang boleh menjadi keputusan yang terpenting untuk anda. Semasa beta, kami telah menghasilkan lebih 50,000 sebut harga insurans automatik yang memberikan pembeli insurans lebih banyak polisi dan pilihan semasa membeli insurans kereta. Pembeli insurans juga diberi tahap penyesuaian yang tinggi untuk polisi insurans mereka.
Walaupun kebanyakan syarikat insurans menawarkan perkhidmatan mereka secara atas talian, agak sukar bagi pembeli untuk menavigasi dan mencari apa yang mereka mahu apabila mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka cari. Ini menyukarkan pembeli untuk membeli insurans secara atas talian, dan mereka mungkin akan memilih untuk melakukan proses ini secara bersemuka. Apabila anda boleh membandingkan pelbagai penyedia insurans dan perkhidmatan mereka serta membeli insurans dari satu tempat, ini menjadikan urusan ini lebih mudah dari segi masa, sumber, kecekapan dan juga kebolehpercayaan. Di sinilah Fincrew mencipta nilai dengan menjadikan dirinya sebagai peneraju bagi laman web perbandingan insurans kenderaan terkemuka di Malaysia.
Anda boleh memohon kebanyakan polisi dan produk insurans secara terus melalui laman web kami dengan percuma. Anda boleh membuat sebarang pertanyaan dan mendapat sebut harga insurans secara percuma, pada bila-bila masa sepanjang hari, bulan dan juga tahun. Mendapatkan sebut harga pada masa yang sepatutnya dengan pantas membolehkan anda membeli insurans dengan serta-merta. Anda boleh membayar dan memanfaatkan polisi insurans anda pada masa yang sama membayar dan memperbaharui insurans kereta anda secara atas talian.
Mendaftar hanya memerlukan anda 3 minit dan anda dapat mengakses semua kenderaan yang anda simpan, sejarah pembelian dan membuat pembaharuan yang pantas.