Menjamin Pinjaman Peribadi Di Malaysia
Sebelum anda mempertimbangkan untuk membuat perbandingan pinjaman peribadi di Malaysia, satu faktor yang perlu anda perhatikan ialah skor kredit anda. Seperti yang anda telah sedia maklum, jika anda tidak mempunyai skor dan sejarah kredit yang baik, ramai penyedia pinjaman akan teragak-agak untuk meluluskan permohonan anda.
Pecahan Skor Kredit
Seperti yang telah kami nyatakan, Skor Kredit dan sejarah kredit anda adalah penting untuk mendapatkan kadar faedah pinjaman peribadi yang terbaik. Jadi, berikut merupakan Skor Kredit dan maksudnya kepada bank dan juga institusi kewangan.
- 300 ke 528 - Lemah (Sebarang permohonan untuk pinjaman peribadi besar kemungkinan akan ditolak).
- 529 ke 620 - Rendah (Ada kemungkinan untuk permohonan pinjaman peribadi diluluskan tetapi agak sukar).
- 651 ke 696 - Sederhana (Anda mempunyai peluang yang agak baik untuk mendapatkan pinjaman peribadi di Malaysia).
- 697 ke 717 - Baik (Anda berada di atas paras biasa, jadi mudah untuk mendapatkan pinjaman peribadi dan kad kredit yang baik).
- 718 ke 743 - Sangat Baik (Anda dianggap sebagai pelanggan utama dan tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkan pinjaman peribadi).
- 744 ke 850 - Cemerlang (Anda dianggap sebagai risiko pinjaman yang sangat minimum dan akan mendapat sebarang pinjaman yang anda inginkan, dengan agak pantas).
Faktor Lain Yang Mempengaruhi Kelulusan Pinjaman Peribadi
Selain sejarah kredit dan skor kredit, faktor lain yang boleh mempengaruhi ialah:
- Umur
- Pendapatan
- Status Pekerjaan Semasa
- Nisbah Khidmat Hutang
Sekarang anda tahu apa yang bakal dijangkakan. Langkah seterusnya ialah membandingkan kadar pinjaman peribadi dan mencari yang paling sesuai untuk anda. Ini penting kerana ia membolehkan anda mengetahui kadar faedah yang bakal dikenakan oleh bank untuk pinjaman tersebut dan akan mempengaruhi tempoh untuk anda membayar balik pinjaman itu. Untuk melakukan ini, akses alat Perbandingan Pinjaman Peribadi kami, masukkan butiran khusus bagi pinjaman yang ingin anda mohon, dan tunggu beberapa saat untuk algoritma kami mengeluarkan hasil carian anda. Oleh kerana jenis pinjaman ini tidak dijamin, agak mudah untuk mendapatkannya. Seperti yang telah diperkatakan, semua pinjaman peribadi tidak sama. Kami akan menjelaskan tentang beberapa pinjaman peribadi.
Jenis-jenis Pinjaman Peribadi Di Malaysia
Pinjaman Penyatuan Hutang
Pinjaman jenis ini digunakan dalam kewangan peribadi untuk membantu individu menggabungkan lebih daripada satu pinjaman sedia ada di bawah satu nama.
Pinjaman Yang Diluluskan Cepat
Pinjaman jenis ini biasanya dikeluarkan ke dalam akaun simpanan anda sepantas 24 jam selepas permohonan. Ia selalu digunakan apabila seseorang itu mempunyai masalah kewangan peribadi yang mendesak untuk diuruskan dan tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan.
Pinjaman Perniagaan
Pemilik PKS pertama kali boleh menggunakan loan ini sama ada untuk menubuhkan atau memberi sedikit rangsangan kewangan ke atas perniagaan mereka.
Pinjaman Perumahan
Sama seperti namanya, pinjaman ini sering dipohon semata-mata untuk menguruskan urusan perumahan. Bayar deposit untuk rumah baharu atau kendalikan sebarang kos tambahan untuk berpindah ke tempat baharu.
Pinjaman Pembaikan Auto
Bergelut untuk mendapatkan wang tunai untuk pembaikan atau penyelenggaraan kereta? Dengan pinjaman pembaikan auto, anda boleh menghantar kenderaan anda untuk servis, pembaikan dan banyak lagi.
Pinjaman Kereta
Pinjaman ini digunakan untuk menguruskan masalah berkaitan kereta. Ianya boleh terdiri daripada membuat bayaran pendahuluan ke atas kenderaan hingga menyusun beberapa perbelanjaan kenderaan.
Pinjaman Ubahsuai Rumah
Selalunya dimanfaatkan untuk mengendalikan perkara seperti pembaikan dan penyelenggaraan rumah, pinjaman jenis ini membantu individu merealisasikan visi jenis ruang yang mereka inginkan.
Dokumen Penting Yang Diperlukan Untuk Permohonan Pinjaman Peribadi
Apabila ingin mendapatkan pinjaman peribadi, terdapat dokumen tertentu yang perlu anda sediakan, tidak kiralah siapa pemberi pinjaman tersebut. Kertas kerja ini termasuklah:
- Borang permohonan pinjaman anda.
- Bukti sah pengenalan diri anda.
- Jaminan kediaman anda.
- Bukti umur yang sah.
- Slip Gaji (Bagi yang makan gaji) atau Penyata Bank (Bagi individu yang bekerja sendiri).
Mencari Pilihan Pinjaman Peribadi Terbaik Untuk Anda
Selepas membandingkan kadar pinjaman dan mencari yang paling sesuai untuk anda, anda mesti menggunakan kalkulator pinjaman kami untuk melihat kepada logistik seperti bayaran balik bulanan/ansuran bulanan, kadar faedah pinjaman peribadi dan beberapa perkara lain. Dengan melihat kepada semua faktor ini, anda akan dapat memahami syarat pinjaman terbaik untuk anda di Malaysia!